Wednesday, October 6, 2010

Masakan Kaum India


Teh Tarik
Nasi Kandar
Bila kita menyebut nasi kandar, Pulau Pinang menjelma dalam ingatan kita. Nasi kandar di Pulau Pinang samalah seperti nasi dagang di Kelantan atau Terengganu. Kini populariti nasi kandar telah menular ke negeri2 lain di Semenanjung. Kadang-kala kita tertanya-tanya apa yang membezakan nasi kandar dengan nasi2 yang lain. Nasi kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk-pauk(dalam 30 jenis masakan). Contoh hidangan lauk pauk nasi kandar ialah ayam goreng berempah,kari kepala ikan, kari telur sotong,udang galah goreng,kari daging rusa,kari kambing dan lain2. Berbalik mengimbas sejarah nasi kandar kita akan ke selatan India. Di sinilah bermulanya dimana pedagang2 India Muslim berulang alik antara India dan Semenanjung. pada mulanya pengaruh masakan mereka ini tertumpu di uatar Semenanjung sahaja iaitu Alor Setar,Kangar, Sg Petani dan Penang. Lama kelamaan populariti nasi kandar ini menular keseluruh negara termasuk Sabah dan Serawak. Nasi kandar mengekalkan nama 'kandar' ini berlandaskan cara penjaja nasi ini menjualnya. Nasi dikandar di bahu (dua bakul atau raga dengan satu batang kayu) dan mereka kan menjaja merentas kampung2. Pada masa kini nasi kandar boleh dinikmati di restoran2 atau di hotel. Menikmati hidangan yang disajikan di atas daun pisang juga menjadi kegemaran orang2 Malaysia.Minuman iringan dengan nasi kandar ini ialah teh tarik. Ia sepatutnya juga menjadi minuman kebangsaan Malaysia kerana satu2nya minuman yang diminati semua bangsa di Malaysia.

Kari Kepala Ikan


No comments:

Post a Comment