Wednesday, October 6, 2010

Nasi Makanan Ruji Rakyat Malaysia

Nasi
Kita akan mulakan budaya makanan Malaysia ini dengan budaya makanan orang Melayu. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya. Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. Bijirin kecil ini juga berjaya membentuk budaya diet (pemakanan) dan ekonomi penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai 'rice bowl of Malaysia'. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk pauk dan ulam ulaman. Bahan yang digunakan dalam masakan orang Melayu berkisar kepada santan,cili dan belacan. Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana dan menambah kesedapan di meja makan. Hidanagn Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.




Kelapa

Kunyit
Santan merupakan bahan asas dalam masakan kita. Ia digunakan dalam segala jenis gulai dan masak lemak. Bahan perasa(seasonings) dalam masakan Melayu dibahagi kepada dua iaitu rempah basah dan rempah kering. Rempah basah iaitu bahan yang ditumbuk dengan batu lesung seperti bawang,halia,bawang putih dan cili. Rempah kering pula termasuk biji ketumbar,jintan,buah pelaga,kayu manis, dan lain2. Rempah ratus ini selalunya disangai(digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar. Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan2 herba seperti serai,daun pandan,daun limau purut, daun kemangi,bunga kantan,kunyit,lengkuas dan buah pala.

Cili Merah



Halia




Masakan Kaum Melayu

Ulam
Petai
Kita beralih pula ke masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu di Malaysia. Kita masih menggemari masakan kampung atau masakan nenek dan emak kita dahulu. Orang Melayu di kampung masih berlandaskan pertanian. Sayuran di tanam di belakang rumah dan juga diperairan sawah dan bendang. Pucuk paku, petai, daun pegaga, daun selum, daun kadok, cendawan(kulat) dan lain2 jenis ulaman menjadi makanan amalan orang Melayu di buat ulam di kampung. Daun2 ini selain kaya dengan sumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat. Daun kadok dan daun pegaga telah mendapat pengiktirafan dari WHO sebagai herba yang mempunyai pelbagai faedah kepada kita. Ia boleh merangsang aktiviti otak kanak2, pengaliran darah yang sihat dan menghaluskan tekstur kulit seseorang.


Tok Ali

Sambal Belacan
Untuk pesakit diabetis dan tekanan darah tinggi, ulam jering boleh dijadikan ubat kerana mengandungi kandungan alkali yang tinggi. Tongkat ali merupakan akar kayu yang terbilang khasiatnya dari segi penambahan tenaga batin dan juga tenaga fizikal. Tongkat Ali dijual dalam bentuk tablet dan juga serbuk. Di restoran dan gerai, kopi tongkat ali menjadi minuman kegemaran para pengunjung. Dahulu ulam yang juga turut disertakan dengan sambal belacan dan akar kayu hanya dipopularkan oleh orang Melayu tetapi sekarang mendapat tempat di restoran dan hotel2, di mana kita lihat kaum2 lain turut meminatinya.


Nasi Lemak
Nasi lemak patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut dipelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan seperti kari ayam,rendang(ayam dan daging), sambal(sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru goreng. Nasi lemak terdiri daripada nasi yang dimasak menggunakan sedikit santan untuk memberikan keenakan kepada nasi tersebut.




Masakan Setiap Negeri di Malaysia


Ayam masak lemak cili api
Nasi Kerabu


 
Di musim perayaan(hari lebaran, kenduri kendara) nasi tomato beserta lauk pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu. Nasi tomato dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek,acar,pecal dan lain2. Bagi orang Melayu pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) menghidangkan pelbagai juadah seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak,ayam percik dan lain2.Negeri Perak pula berbangga dengan rendang tok gulai ikan sembilang tempoyak. Gulai lemak cili padi (ayam,ikan dan daging) pula dipelopori oleh orang Negeri Sembilan. Selain lauk pauk terdapat juga makanan ringan seperti laksa Penang, laksa Johor, pasembur, mee Siam dan lain2.


Laksa












 

Bubur Caca


Kuih Seri Muka

Kuih Lapis



Manisan kegemaran orang Melayu ialah  dari jenis bubur dan kuih muih. Bubur pulut hitam, bubur kacang, bubur caca(keladi,keledek,dan tepung gunting) dan pengat pisang merupakan manisan yang sangat popular. Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras,beras pulut dan ubi. Contohnya kuih seri muka (di bawah pulut dan di atas kastard), pulut panggang(pulut berisi serunding kelapa atau ikan), bengkang ubi, talam keladi,cucur badak,kuih lapis dan sagu gula melaka. Manisan tradisi bagi orang Melayu pula ialah dodol,wajek,kuih koci,bahulu dan onde2. Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran. Minuman iringan pula, orang Melayu kita tidak akan lupa menghidangkan air sirap bandung,sirap selasih,air kelapa dan air kopi kampung.