Wednesday, October 6, 2010

Nasi Makanan Ruji Rakyat Malaysia

Nasi
Kita akan mulakan budaya makanan Malaysia ini dengan budaya makanan orang Melayu. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya. Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. Bijirin kecil ini juga berjaya membentuk budaya diet (pemakanan) dan ekonomi penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai 'rice bowl of Malaysia'. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk pauk dan ulam ulaman. Bahan yang digunakan dalam masakan orang Melayu berkisar kepada santan,cili dan belacan. Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana dan menambah kesedapan di meja makan. Hidanagn Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.



No comments:

Post a Comment