Wednesday, October 6, 2010


Nasi Beriani

Satu lagi hidangan berasal dari India ialah nasi beriani. Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi yang menjadi sebutan dan kegilaan ialah nasi beriani gam. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi diminati oleh kaum2 yang lain. Nasi beriani ini dipelopori oleh orang Melayu terutama di negeri Johor. Nasi beriani gam ini dimasak bersam lauknya (ayam dan daging) dan doh tepung gandum menjadi bahan penampal atau pekat. Doh ini akan ditampal disekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap dan haba, dan seterusnya mengekalkan aroma dan tekstur nasi. Selain daripada itu juga,kaum India mempunyai kuih muih yang sedap dan sentiasa ada dijual di restoran mamak atau digerai gerai seperti wadeh,muruku dan suji. Mereka juga mempunyai pelbagai minuman berasaskan tairu dan buah buahan juga turut dijual.

Muruku

Wade






No comments:

Post a Comment