Wednesday, October 6, 2010

Masakan kaum Cina

Yong Tau Foo

Char Kuey Teaw

Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya(tahu,kicap soya,taucu), cendawan, bunga lily, biji bijann dan lain2. Bahan ini kemudiannya akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu seperti biji ketumbar,kayu manis,dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari negeri China contohnya yong tau foo,char kuey teaw, dim sam dan lain2. Masakan ini telah diminati semenjak abad ke-18. Lok-lok adalah satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina.. Lok-lok atau dikenali dengan satay celup merupakan makanan ringan dari sayuran,daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina, tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia. Nasi ayam dihidangkan bersama ayam goreng,ayam panggang, atau ayam kukus. Bagi orang Melayu mereka lebih meminati ayam yang bergoreng atau dipanggang dan kaum Cina memilih yang dikukus. Minuman iringan bagi kaum Cina ialah teh Cina yang diminati segelintir rakyat Malaysia dan manisan kegemaran mereka ialah buah-buahan segar dan manisan berasaskan kekacang.
Lok-lok

No comments:

Post a Comment