Tuesday, October 5, 2010

Sejarah bermulanya pembudayaan makanan di Malaysia

 Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai elemen2 dan asal usul dari Sumatra, Jawa, Thailand, dan Sulawesi. Dengan pengaruh2 negara tersebut tidak hairanlah jika masakan Melayu mempamerkan sedikit sebanyak kualiti kulinari dari negara2 tersebut. Di Selangor, kaum Melayudahulu kala merupakan pahlawan Bugis dari Sulawesi dan bagi orang Melayu Negeri Sembilan, menamakan diri mereka sebagai Minangkabau dari Sumatra. Kita beralih ke utara iaitu Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Perlis di mana pengaruh Aceh, Bugis dan Siam amat ketara. Kaum Aceh juga dikatakan mempunyai pengaruh besar ke atas negeri Pahang, Perak dan Kedah. Bagi negeri Kelantan, Kedah dan sebahagian negeri Terengganu pula dipengaruhi oleh Thailand atau Siam. Ini dapat dilihat dari segi penyediaan makanan dan dialek percakapan mereka yang ala siam. Kita ke selatan iaitu ke Johor. Di sini terdapat beberapa penempatan kaum Jawa dan Bugis. Sekarang kita ke negeri Melaka untuk mengikuti perkembangan budaya makanan yang berasal dari kaum Cina. Pemgaruh dari China ini telah datang ke Malaysia pada abad ke-15. Walaubagaimanapun, perkahwinan di antara Sultan Mahmud dan Puteri Hang Li Po mengeratkan lagi pertalian dua budaya ini dan Malaysia hanya dapat dapat menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya, dan makanan) dari China ini pada abad ke-18. Kaum India merupakan pedagang dan pada abad ke -10 terdapat pelbagai komuniti kecil keturunan India di pinggiran pantai. Di Melaka pula di Kg. Tujung terdapat kaum Chetty. Keturunan India di sini di katakan berasal dari Kalinga (selatan timur India) lalu bermulanya pembudayaan kaum India di Malaysia.


No comments:

Post a Comment