Tuesday, October 5, 2010

MUKADDIMAH

Sebagai negara yang berbilang kaum, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya, tradisi, makanan yang unik. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada "hidangan Malaysia" dan menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar. Penduduk di Malaysia ini juga dikatakan banyak menghabiskan masa di meja makanan dan menjadikan masa menikmati hidangan itu sebagai aktiviti kebangsaan. Kaum Cina, India dan Melayu di Malaysia ini sentiasa kreatif, berganding bahu mereka mencuba dan menggabungkan masakan baru dengan pinjam-meminjam tradisi budaya masing2. Dengan ini lahirlah nasi ayam, mee mamak, mee kari dan lain2.

No comments:

Post a Comment