Wednesday, October 6, 2010

Masakan Baba dan Nyonya


Gado-gado

Masakan nyonya pada masa kini sangat diminati pelbagai kaum di Malaysia. Kaum nyonya bermastautin di Melaka dan Penang. Masyarakat ini juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Keturunan Nyonya ini dikatakan berasal dari kaum Cina dan Fukian. Baba dan Nyonya mengikut dan meminati nilai tradisi kaum Melayu. Walaubagaimanapun kaum Baba dan Nyonya ini masih mengekalkan agama dan adat resam kaum Cina. Contoh masakan Nyonya ialah bubur caca, ikan bakar, air asam dan sebagainya. Terdapat beberapa perbezaan antara Nyonya Penang dan Nyonya Melaka. Diantaranya ialah penggunaan cili, dimana masakan Nyonya Peneng agak pedas berbanding Nyonya Melaka. Nyonya di Penang dipengaruhi oleh Thailand di mana penggunaan limau dan asam jawa agak ketara. Masakan Nyonya di Melaka mempunyai banyak pengaruh Indonesia dan Melayu. Contohnya ialah gado-gado dan penggunaan santan dalam masakan mereka. Diantaranya ialah jantung pisang, nangka muda, daun keledek dan belimbing buluh. Buah-buahan ini digabungkan dengan daun limau purut, daun kesum, bunga kantan, daun kunyit dan daun pandan. Otak-otak,kerabu,laksa nyonya dan kuih muih nyonya mendapat tempat di buffet hotel dan di restoran. Kuih Nyonya terkenal dengan keenakan dan kepelbagaiannya. Kebanyakan kuih Nyonya ini berasaskan resepi kuih orang Melayu tetapi diperkemaskan dan perbaharuhi oleh kaum Nyonya. Bahan tani digunakan ialah ubi kayu, ubi keledek, ubi keladi, beras pulut, santan dan gula melaka.
Ubi Keledek







No comments:

Post a Comment