![]() |
| Nasi |
Makanan 1 Malaysia
Wednesday, October 6, 2010
Nasi Makanan Ruji Rakyat Malaysia
![]() |
| Kelapa |
![]() |
| Kunyit |
Santan merupakan bahan asas dalam masakan kita. Ia digunakan dalam segala jenis gulai dan masak lemak. Bahan perasa(seasonings) dalam masakan Melayu dibahagi kepada dua iaitu rempah basah dan rempah kering. Rempah basah iaitu bahan yang ditumbuk dengan batu lesung seperti bawang,halia,bawang putih dan cili. Rempah kering pula termasuk biji ketumbar,jintan,buah pelaga,kayu manis, dan lain2. Rempah ratus ini selalunya disangai(digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar. Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan2 herba seperti serai,daun pandan,daun limau purut, daun kemangi,bunga kantan,kunyit,lengkuas dan buah pala.
![]() |
| Cili Merah |
![]() |
| Halia |
Masakan Kaum Melayu
![]() |
| Ulam |
![]() |
| Petai |
Untuk pesakit diabetis dan tekanan darah tinggi, ulam jering boleh dijadikan ubat kerana mengandungi kandungan alkali yang tinggi. Tongkat ali merupakan akar kayu yang terbilang khasiatnya dari segi penambahan tenaga batin dan juga tenaga fizikal. Tongkat Ali dijual dalam bentuk tablet dan juga serbuk. Di restoran dan gerai, kopi tongkat ali menjadi minuman kegemaran para pengunjung. Dahulu ulam yang juga turut disertakan dengan sambal belacan dan akar kayu hanya dipopularkan oleh orang Melayu tetapi sekarang mendapat tempat di restoran dan hotel2, di mana kita lihat kaum2 lain turut meminatinya.
![]() |
| Tok Ali |
![]() |
| Sambal Belacan |
![]() |
| Nasi Lemak |
Masakan Setiap Negeri di Malaysia
![]() |
Ayam masak lemak cili api |
![]() ![]() |
| Nasi Kerabu |
Di musim perayaan(hari lebaran, kenduri kendara) nasi tomato beserta lauk pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu. Nasi tomato dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek,acar,pecal dan lain2. Bagi orang Melayu pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) menghidangkan pelbagai juadah seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak,ayam percik dan lain2.Negeri Perak pula berbangga dengan rendang tok gulai ikan sembilang tempoyak. Gulai lemak cili padi (ayam,ikan dan daging) pula dipelopori oleh orang Negeri Sembilan. Selain lauk pauk terdapat juga makanan ringan seperti laksa Penang, laksa Johor, pasembur, mee Siam dan lain2.

| Laksa |
![]() |
| Bubur Caca |
![]() |
| Kuih Seri Muka |
![]() |
| Kuih Lapis |
Manisan kegemaran orang Melayu ialah dari jenis bubur dan kuih muih. Bubur pulut hitam, bubur kacang, bubur caca(keladi,keledek,dan tepung gunting) dan pengat pisang merupakan manisan yang sangat popular. Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras,beras pulut dan ubi. Contohnya kuih seri muka (di bawah pulut dan di atas kastard), pulut panggang(pulut berisi serunding kelapa atau ikan), bengkang ubi, talam keladi,cucur badak,kuih lapis dan sagu gula melaka. Manisan tradisi bagi orang Melayu pula ialah dodol,wajek,kuih koci,bahulu dan onde2. Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran. Minuman iringan pula, orang Melayu kita tidak akan lupa menghidangkan air sirap bandung,sirap selasih,air kelapa dan air kopi kampung.
Subscribe to:
Comments (Atom)